kumpulan tugas kuliah dan catatan pribadi

Latest News - psikologi

youtube

Gadis Impianku Kekasih Orang Part2

Sabtu, 15 Agustus 2009

Gadis Impianku Kekasih Orang Part2

Hmmm.. malam ni aku rasa boring dan sunyi.

Aku

cuba

jugak mencari punca dan sebab kenapa semua ini terus melanda diri aku.. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kemana aku menghilang sekian lama.. Yup.. hampir seminggu aku mendiamkan diri. Bukan merajuk, bukan hilang idea sekadar memenuhi tuntutan diri.

Baiklah kawan2.. apa kesudahan cerita aku nie?? Apa kata kita imbas semula part1.. lamaran aku telah diterima olehnya..

Hmmm kenangan mengusik jiwa..

Hari ni aku sambung balik, semoga berakhir dengan kegembiraan..

Semenjak menerima SMS yang menyatakan dia bersetuju untuk menjadi kekasih ku, hidup aku makin teratur dan ceria. Tiap hari aku ber’sms dan berhubung dengannya.

Kurasakan bagai ini lah dia penghujung pencarian fenomena yang bergelar CINTA yang ku cari selama ini. Saban masa aku berhubung dengannya.. dia berjaya membentuk diriku semula kearah jalan yang lebih baik.

Kadangkala membuatkan aku rasa begitu rendah diri dengannya.. Arah yang kucari dalam hidup makin jelas.

Genap sebulan perkenalan aku dengannya, kami merancang untuk keluar 1st date… Wah wah wah seronok giler korang tau tak.. Sebelum berjumpa dengannya, aku fikir mungkin ada baiknya buat surprise padanya… Hmmmm nak beli apa yerk??

Penat jugak aku piker nak beli hadiah untuk GadisImpianku ini.. Aku ajak anak buah aku yang sedang menuntut diShah Alam untuk menemani ku mencari barang yang mungkin sesuai..

Cepat2 teka apa aku beli…. Muahahahahaha aku taknak sebut dengan jelas, biar korang teka sendiri, siapa dapat teka dengan tepat akan mendapat hadiah dari aku.. (jangan marah.. sajer kasi suspen)

So dipendekkan citer… aku pun beli la barang tue..

“Fullamak melampau abang muzs nie, untuk awek sanggup berabis duit untuk anak buah hmmmm cukup payah…kudiszzzzzzzzzzzzzzzz biasa la(kudis adalah gelaran utk budak2 pompuan)” bebel anak buah aku.

“Weh adikku biasa la.. Hang

kan

jantan, setakat benda2 macam nie takda ertinya.. yang penting hati mau ikhlas.. baru betul”

“Hello sayang, boleh tak bang datang kerumah sayang??” Tanya aku dalam telefon..

“Hmmmm saya mengantuk la abang… lagipun jauh la kalau nak keluar.. abang lak ada kat umah” pelbagai alasan diberi olehnya.

“Takpe, abang datang ke rumah ambik awak occay??” Tanya aku lagi..

“Occay.. abang tau ke jalan nak datang sini??” Tanya gadis

“Demi CINTA sayang… sure abang cari sampai dapat.. jangan risau” balas ku

Memang kelakar jugak la mencari rumah GadisImpian aku nie..

Dipendekkan cerita, kami pun keluar date.. jalan sama2 (tapi tak pegang tangan pun tau…) hadiah tersebut aku berikan waktu dia naik dalam kereta..

“Apa nie abang??…. ish kenapa susah belikan nie untuk saya??? Terima kasih abang, memang saya suka sangat benda nie. Boleh saya pakai semasa saya ikut kawan2 jalan nanti

kan

..!!” kata2 yang cukup sweet untuk menjadi halwa telinga aku ketika itu.

Hmmm comel jugak awek aku nie, maklumlah pertama kali berjumpa setelah berbulan2 tidak jumpa. Dan yang paling penting pertama kali aku date setelah dia bergelar kekasihku.

Takda yang paling menggembirakan aku diwaktu itu, kami bergurau bermanja dengan kata2 kami saling bertukar lagu untuk ditujukan pada diri masing2.

Semenjak dari saat itu aku semakin bersemangat, ada sahaja yang menjadi modal perbualan kami..

“Abang, nanti kalau saya jadi isteri abang adakah abang akan memanjakan saya macam nie?” Tanya nya

“Hmmm sudah pasti sayang.. waktu2 dingin malam macam nie abang akan mencium dahi sayang dan berbisik ditelinga memberitahu yang I Luv U 4 eva…”

“Isk isk isk… kenapa abang baik sangat pada saya abang??” Tanya gadisImpianku.

“Sebab abang benar2 sayang pada awak.. Abang tidak mudah jatuh cinta, tapi andai kata ianya berlaku maka cukup susah untuk abang melupakannya”.. balas aku.

Date ke berapa entahla.

“Sayang jom kita pergi makan malam dengan kawan2 abang nak tak??” Tanya aku lagi.

“Taknak la abang, nanti orang tahu pasal kita… saya taknak orang tahu pasal saya la” balasnya

Tapi… biasa la aku sure takkan mengalah punye.. So berdasarkan pelbagai helah dan ayat2 power digunakan. Akhirnya dia folo gak..

“Abang, boleh taka bang bawak jalan2 pusing KL dulu malam nie.. saya teringin sangat nak tengok lampu2 yang cantik kat KL nie.. Lagipun rasa tak puas mengahbiskan masa dengan abang..” katanya

“Ok.. no problem, bukan setakat pusing KL.. Nak sampai ke JB pun abang boleh bawak jalan..” kata aku.

Seronok tau.. bila aku merajuk.. dia pujuk.. bila dia merajuk.. aku pulak memujuk.. Memang romantic abis kami berdua nie.

Ada

orang kata pada aku CINTA tak semestinya bersatu… hmmm aku risau jer mendengar statement tue. Kasi potong stim betul..

Date yang terakhir sebagai kekasih.

“Hai sayang.. abang kat bawah nie..” sms aku

“Betul ke?? Jangan main2.. abang kat JB ke atau kat sini?” balasnya

Dipendekkan cerita kami pegi la jalan kat shopping mall.. Masalahnya banyak kali HP nye berbunyi dan dia asyik menjawab sms. Aku tidak mengesyaki apa2 sekadar bosan selang 2-3minit sms masuk…

Akhirnya aku mintak HPnya untuk diOffkan dan aku terus pegang.

Selang beberapa minit dia ingin ke tandas katanya dan mintak HP nya dipulangkan semula.. risaukan aku membaca smsnya..

Namun diakhir dating aku masih lagi seorang yang setia dan percaya 100% bahawa dia jujur..

Pelangi Petang

Sememang suatu yang menghairankan aku apabila gadisimpianku seringkali risau dan tidak percaya pada aku bila telefon bimbitnya ditangan aku.

Kenapa yek?? Aku hairan..

“bagaimana suatu CINTA itu boleh wujud jika tidak ada PERCAYA sesame kita” sms aku padanya

Namun mungkin benar kata rakan2 aku.. Terlalu mudah kadang2 aku mempercayai seseorang hinggakan tidak nampak kebenaran.

2minggu sebelum menyambut harilahir aku… Sekali lagi dalam hidup aku mendapat berita tak best… Macam dah jadi tradisi.. setiap kali buffday jer aku sure dapat berita tak best.

Kali ni aku menerima panggilan dari gadis Impianku yang kurindu2

kan

selalu,

“Abang… saya nak mintak maaf isk isk sik sik..!!” katanya

“Kenapa sayang??

Ada

apa nie?” tanya aku suspen..

Dipendekkan cerita korang dah sure boleh agak

kan

… Dia telah pun ada kekasih.

Alkisahnya diwaktu aku menolak lamaran Cintanya.. maka dia telah pun bertemu dengan seorang yang cukup baik dan memenuhi segala impiannya.

Namu dikala sedang bercinta, aku datang semula… Dan katanya, dia tidak mampu menolak permintaan aku disebabkan sememangnya dia sangat mengharapkan suatu masa aku akan datang padanya.

Malang

sekali kali ini diwaktu aku datang padanya… dirinya telah pun berpunya..

Arghhhhhhhhhhhh tension nya aku..

Apa yang patut aku buat.. Aku rasa macam takda kesudahan jalan cerita nie, sebabnya walaupun sudah masuk kali ke5 aku mengatakan yang aku tidak akan keluar / menghubungi / bercinta dan lain lain..

Namun kami masih lagi gagal berbuat demikian.. Kesimpulannya dia terlampau sayang pada aku sehingga ta mampu melepaskan. Namun pada masa yang sama, atas dasar manusia yang baik hati.. dia tidak mahu melukakan hati insan yang satu lagi.

Saban masa, kami masih keluar makan2 minum2 berdua… Saban malam kami asyik berbual dan berbincangkan tentang pelabagai perkara. Masih ada rajuk dan pujuk antara aku dan dia..

Kadang-kadang aku rasa bersalah pada mamat yang sorang lagi tue… tapi bila aku fikirkan semula, sampai bila aku harus mengalah.

Pada aku kali ini biarlah masa yang menentukannya, banyak perkara yang telah kami lalui bersama.. pahit manis yang kami lalui semakin mengajar untuk terus bersama. Kami seolah-olah ditakdirkan untuk bersama.. Cuma seharusnya sabar menanti apa yang bakal terjadi..

Buat masa ini kadang2 aku rasa bosan jugak bila terpaksa mengalah bila panggilan oleh “Lelaki” itu masuk.. Yang paling aku tak boleh tahan mengenangkan yang lelaki itu sama sekali tidak mengetahui penderitaan hati kekasihnya yang sedang berbelah bahagi..

Takpelah, mungkin suatu hari nanti sinar

kan

menjelma.. masih lagi aku ingat lagu yang ditujukan gadis impianku pada aku tempohari..

Naff – Kau Masih Kekasihku

jauh di lubuk hatiku
masih terukir namamu
jauh di dasar jiwaku
engkau masih kekasihku

tak bisa ku tahan laju alir
untuk semua kenangan yang berlalu
hembuskan sepi merobek hati

meski raga ini tak lagi milikmu
namun di dalam hatiku sungguh engkau hidup
entah sampai kapan
ku tahankan rasa cinta ini

jauh di lubuk hatiku
masih terukir namamu
jauh di dasar jiwaku
engkau masih kekasihku

dan ku berharap semua ini
bukan kekeliruan seperti yang kukira
seumur hidupku
akan menjadi doa untukmu

jauh di lubuk hatiku
masih terukir namamu
jauh di dasar jiwaku
engkau masih kekasihku

andai saja waktu bisa terulang kembali
akan kuserahkan hidupku di sisimu
namun ku tahu itu takkan mungkin terjadi
rasa ini menyiksaku
sungguh sungguh menyiksaku

Hmmmm puitis sungguh lagu ini…

(Psstt aku masih lagi keluar dan bersamanya… soklan terkini aku padanya,

“kalau saya datang jumpa orang tua awak dahulu amacam?? Adakah awak akan menolak??” Tanya aku

“hmmm rahsialah jawapannya.. mana boleh kasi tahu..!!” jawabnya manis)

Diedit…

Kini aku berjaya membuatnya membenci diriku… kini dia pergi selamanya setelah kebencian makin hebat dan meruncing.

0 komentar: